Friday, June 15, 2012

Dia datang kesini naik tongkang, tambang masa tu cuma 3 duit. Lepas tu dia jalan kaki sampai sini. Dia datang 3 orang, cuma dia sorang saja yang sampai sini, yang lain duduk dipantai. Orang tua saya cakap sampai tengah jalan dia jumpa orang mati tapi dia tak angkat sebab itu hantu. Dia kata dia asal dari batu puteh dan sekarang duduk di bukit tinggi. Saya tanya 7 kali 3 berapa, dia jawab 24. Saya tanya kenapa lebih 3. Dia kata itu kita punya modal. Dia kata dia ada simpan orang kuat. saya tanya berapa orang? Dia kata 5 orang. Saya tanya siapa nama? Dia kata itu rahsia. Orang tua saya cakap kita mesti tunjuk dua perkara iaitu 3 modal dan 3 kuasa dan bawa kemana-mana 5 orang kuat. Kura-kura emas mesti disimpan sebagai lambang kekayaan. Kesatuan kita mesti kuat saperti kuatnya harimau. Keanggunan kita mesti dijaga saperti anggunnya merak emas."

No comments:

Post a Comment