Friday, June 15, 2012

Dikatakan tentera kebangsaan dan tentera antarabangsa untuk melarang mungkar dengan tangan, kerana dengan hati itu selemah-lemah iman. Dikatakan orang dalam pagar kerana dibenteng dengan semangat kental dan diikat dengan kasih sayang dan silaturrahim yang erat dan kesatuan yang teguh. Dikatakan satu cap kerana setiap orang itu mempunyai satu pembawaan, matlamat dan misi yang sama. Dikatakan cap junjung kerana setiap orang menjunjung benda yang sama dimana bumi dipijak, disitulah langit dijunjung. Dikatakan 30 kerana al-quran itu mengandungi 30 juzuk dan 6666 ayat. Dikatakan baiah itu kerana Nabi SAW telah membaiah kaum ansar sebelum berhijrah dan setibanya diMadinah kaum muhajirin disambut oleh kaum ansar degan penuh kasih sayang macam saudara sendiri.

No comments:

Post a Comment